Blogger Backgrounds

Monday, January 16, 2012

kisaH KucinG ~ kucing itu Bersih ~



Assalamualaikum... nk taw x pengklasan saintifik kucing? hehehe.. blajar Bio la plak kan...
ALAM : HAIWAN
FILUM : KORDATA
KELAS : MAMALIA
ORDER : KARNIVOR
FAMILI: FELIDAE
haaa tudiaaa..xpaham xpe..nanti google je lah ye..haha! moh baca Al-kisah si comel ni!
Tersebut la Al-kisah..
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis." (bejana = digunakan untuk menyimpan dan meletakkan makanan dan minuman berupa piring, gelas, cerek, ember,timba ;)
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

~kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci~

stakat ini dulu ye..nnt deqwan cerita lgi.. (sumber mklumat


SAYANGI KUCING! SAYANGI HAIWAN PELIHARAAN! YANG JINAK ITU TDAK PATUT DIKASARI...


oppppssss....heeeee ;p

Deqwan suka kucing!
Love ya ;) meeoowww =^^=

No comments:

Post a Comment